http://sinarjernih.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/769808train.jpglink
http://sinarjernih.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/393554banner4.jpglink
http://sinarjernih.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/982924headerbesar1.jpglink
http://sinarjernih.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/484960banner_w_1.jpglink
http://sinarjernih.com.my/components/com_gk3_photoslide/thumbs_big/999807going_green.jpglink

'Saya pasti kembali'

(News taken from Harian Metro Edisi KL: March 16, 2006)

“Sepanjang berada di situ, saya tidak dapat melihat sehelai kertas pun bertaburan di atas lantai. Malah, ia juga seakan-akan baru dibina semalam".

Oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa terkenal, Lionel Richie, 57, mengakui seronok dan teruja apabila berpeluang menjejakkan kaki ke Malaysia, namun terkejut kerana tidak menyangka bahawa negara ini moden.

“Hakikatnya, Malaysia bukan saja negara moden sedang membangun malah suasana pemandangannya cukup cantik serta menarik sekali,” katanya.

Malah, buat pertama kali dalam seumur hidupnya juga, Lionel berkesempatan melihat bangunan tertinggi dunia, Menara Berkembar Petronas yang menjadi mercu kebanggaan masyarakat Malaysia.

“Namun, apa yang paling menakjubkan saya ialah suasana dan kebersihan yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sepanjang berada di situ, saya tidak dapat melihat sehelai kertas pun bertaburan di atas lantai. Malah, ia juga seakan-akan baru dibina semalam.

“Percayalah kunjungan saya ke Malaysia sempena pertandingan F1 ini pastinya bukan yang pertama.

“Saya pasti akan kembali semula ke negara ini. Lebih-lebih saya kini dalam perancangan untuk mengadakan siri konsert jelajah seluruh dunia pada tahun ini,” katanya yang terkenal dengan lagu Hello.

Dia berkata demikian ketika diwawancara sempena Konsert The Petronas Malaysia Grand Prix Spring Gala 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam ini.

Berbicara mengenai konsertnya itu, Lionel berkata, jika diberikan tempoh selama lima setengah jam, dia mampu membawakan semua lagu yang pernah dinyanyikannya selama ini.

“Namun, kesukarannya ialah memilih lagu yang sesuai serta perlu dibawakan dalam persembahan yang lebih kecil seperti The Petronas Malaysia Grand Prix Spring Gala 2006 ini.“Untuk itu, saya akan menggabungkan lagu dari era Commodores, lagu hits dari era 80-an serta beberapa lagu baru.

“Saya akan cuba satukan semua lagu dari ketiga-tiga era ini dalam persembahan selama dua jam,” katanya.

Penyanyi yang dilahirkan di Tuskegee, Alabama pada 20 Jun 1949 itu juga dalam perancangan mengeluarkan album baru.

“Bagi mewujudkan kelainan dalam album ini, saya cuba menjalinkan kerjasama dengan beberapa komposer muda yang terbabit dalam arena muzik hip hop.

“Bukan saya ingin mengubah haluan atau menyanyi secara rap tetapi sekadar ingin menyuntik idea baru. Saya juga bekerjasama dengan penyanyi dan komposer berbakat, Usher,” katanya.

Selain Hello, lagu lain yang dipersembahkan Lionel dalam konsert malam ini ialah Dancing On The Ceiling, Three Times A Lady, All Night Long, Stuck On You, Penny lover, Truly, Lady, Endless Lover serta Say You, Say Me.

template joomla 1.7

Copyright 2016 Sinar Jernih Sdn. Bhd. All Rights Reserved.